Bagaimana saya mahu memohon program pengajian di UPNM?
Kesemua permohonan kemasukan ke program pengajian di UPNM adalah melaui sistem UPUOnline. Sila cakna dengan tarikh buka dan tarikh tutup sistem UPUOnline. Rujuk portal UPUOnline untuk maklumat lanjut. [ https://upu.mohe.gov.my/ ]
Adakah latihan ketenteraan wajib kepada semua pelajar UPNM?
Latihan ketenteraan hanya diwajibkan bagi pelajar yang berminat dan layak mendaftar sebagai pegawai kadet di UPNM. Manakala, pelajar awam tidak terlibat dengan latihan ini. [Lebih lanjut …]
Adakah saya layak memohon program di UPNM?
Syarat minimum kelayakan bagi setiap program pengajian adalah berbeza. Sila rujuk buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM untuk butiran lanjut. [Buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM]
Apakah syarat menjadi pegawai kadet di UPNM?
Syarat kelayakan bagi melibatkan diri sebagai pegawai kadet di UPNM adalah terperinci melibatkan ketinggian, berat badan, BMI, penglihatan, had umur dan taraf kesihatan menyeluruh. Sila rujuk buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM dan Syarat lantikan seseorang pegawai kadet untuk butiran lanjut. [Buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM]
Kami sedia membantu.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui emel, telefon, atau hadir terus ke pejabat PPAP, UPNM.