Program Outreach UPU2U (Orang Asli) 2023

Program Outreach UPU2U UPNM Anjuran Kemasukan BPKP JPT dengan kerjasama PTPTN, JAKOA Batang Padang & MuallimJabatan Pendidikan Negeri Perak dan Majlis Daerah Tapah telah berlangsung di Dewan Merdeka, Tapah, Perak, pada 17 Januari 2023 bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Encik Muhammad Khaidzir bin Lokman, Penolong Pendaftar Kanan, Unit PKPA telah mewakili UPNM bagi mempromosikan program-program akademik Pra-Siszawah kepada masyarakat orang asli yang hadir. Program telah berlangsung dengan meriah dan terima kasih atas kunjungan lebih 200 orang anak muda orang asli yang ke ruang pameran UPNM.