Program Outreach 2023 DUN Panti, Johor

Dianggarkan seramai 300 pelajar sekitar Bandar Tenggara, Johor telah menghadiri Program Outreach 2023 DUN Panti, Johor. Program ini telah berlangsung selama dua hari dari 17 Februari hingga 18 Februari 2023 yang bermula pada 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pameran pendidikan yang berlangsung di Dewan KEJORA, Bandar Tenggara, Johor ini dihadiri oleh Encik Muhammad Khaidzir bin Lokman (Penolong Pendaftar Kanan, Unit PKPA BPA), Encik Mohd Rossidi bin Ramle, (Pembantu Tadbir, Unit PKPPA BPA) dan Puan Suzanah binti Sengoot (Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Unit PPSK BPA).

Program ini disasarkan untuk menarik minat para pelajar luar bandar khususnya pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pihak UPNM berharap dapat menyertai lagi program sebegini pada masa akan datang.