12 MEI 2024 – SEKALUNG TAHNIAH! diucapkan kepada Ruang Pameran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah memenangi ANUGERAH BOOTH TERBAIK sempena Program Jom Masuk U 2024 Zon Tengah II pada 11 – 12 Mei 2024 di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Dewan Besar), Universiti Putra Malaysia. Dianggarkan seramai 9,000 pengunjung telah hadir ke program tersebut.
Pihak Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan UPNM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai penganjur Jom Masuk U 2023 Zon Tengah II dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana telah menganugerahkan Booth UPNM sebagai Pemenang ANUGERAH BOOTH TERBAIK.
Anugerah ini diharapkan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi kualiti penyampaian ruang pameran UPNM secara visual iaitu dengan bertambahnya elemen kreatif dan secara audio iaitu meningkatnya kaedah penyampaian tentang program pengajian yang ditawarkan oleh UPNM.
Justeru itu, lebih banyak pameran pendidikan tinggi akan disertai oleh Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan (PPAP) UPNM dalam mempromosikan program pengajian di UPNM dan pada masa yang sama sentiasa meningkatkan kaedah penyampaian dari aspek visual dan audio.
