

21 JULAI 2024 – Pendaftaran Pelajar Asasi dan Diploma Sesi 2024/2025 telah berlangsung pada 21 Julai 2024 bermula jam 8.30 pagi di Kolej Kediaman Pelajar. Pelajar lelaki telah mendaftar di Kolej Kediaman Lembah manakala pelajar perempuan mendaftar di Kolej Kediaman Srikandi. Sesi pendaftaran ini telah diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dengan kerjasama Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan (PPAP) UPNM, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) UPNM dan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UPNM.
Seramai 800 orang pelajar telah mendaftar dan hasil maklum balas iaitu ibu bapa pelajar amat berpuas hati dengan pengurusan pendaftaran yang lancar. YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menyampaikan amanat alu-aluan pada Sesi Taklimat bersama Ibu Bapa dan Pelajar yang diadakan di Dewan Zulfaqar UPNM pada jam 11.00 pagi.
Pihak PPAP UPNM amat berbangga dengan hasil kerjasama erat bersama FPJB lain dalam sesi pendaftaran kali ini sehingga proses pendaftaran menjadi lebih pantas dan lancar.


