Pemilihan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Pemilihan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda UPNM telah diadakan pada 27 Februari 2023 bertempat di Dewan Tun Templer UPNM. Sesi pemilihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Cawangan Tenaga Kerja (CTK) ATM dan dibantu oleh pihak ALK ATM. Pemilihan yang merangkumi saringan dari aspek psikometrik, kepimpinan dan kecergasan akan menentukan tahap sebenar kemampuan pelajar sebelum dipilih dan dilantik sebagai Pegawai Kadet. Justeru, hanya calon yang benar-benar layak sahaja akan terpilih sebagai Pegawai Kadet.