Program Pengajian UPNM

Kalendar Akademik
Kalendar akademik tahunan merangkumi tarikh-tarikh penting seperti pendaftaran, cuti semester, minggu peperiksaan, dan jadual kuliah. Disusun bagi memudahkan perancangan bagi pelajar dan staf akademik.
Soalan -soalan Lazim (FAQs)
Bagaimana saya mahu memohon program pengajian di UPNM?
Kesemua permohonan kemasukan ke program pengajian di UPNM adalah melaui sistem UPUOnline. Sila cakna dengan tarikh buka dan tarikh tutup sistem UPUOnline. Rujuk portal UPUOnline untuk maklumat lanjut. [https://upu.mohe.gov.my/ ]
Adakah latihan ketenteraan wajib kepada semua pelajar UPNM?
Latihan ketenteraan hanya diwajibkan bagi pelajar yang berminat dan layak mendaftar sebagai pegawai kadet di UPNM. Manakala, pelajar awam tidak terlibat dengan latihan ini. [Lebih lanjut …]
Adakah saya layak memohon program di UPNM?
Syarat minimum kelayakan bagi setiap program pengajian adalah berbeza. Sila rujuk buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM untuk butiran lanjut. [Buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM]
Apakah syarat menjadi pegawai kadet di UPNM?
Syarat kelayakan bagi melibatkan diri sebagai pegawai kadet di UPNM adalah terperinci melibatkan ketinggian, berat badan, BMI, penglihatan, had umur dan taraf kesihatan menyeluruh. Sila rujuk buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM dan Syarat lantikan seseorang pegawai kadet untuk butiran lanjut. [Buku Syarat-syarat Program Pengajian UPNM]
Cadangan & Maklumbalas
PPAP sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas yang membina bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kami.
Hubungi Kami
Kami sedia membantu. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui emel, telefon, atau hadir terus ke pejabat PPAP, UPNM.
PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK DAN PENGIJAZAHAN (PPAP)
Alamat:
Aras 2, Bangunan Bestari,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur,
W.P. Kuala Lumpur
No. Telefon:
03 9051 3400 samb 3407/3473/3066/3071
Emel:
