Secara umumnya, Latihan Ketenteraan bagi pelajar UPNM terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) Pegawai Kadet UPNM disediakan untuk membantu dan sebagai panduan kepada Akademi Latihan Ketenteraan dalam merancang dan seterusnya berupaya melaksanakan latihan dengan sistematik dan efisien.
Latihan ini dihasilkan setelah mengambil kira aspek-aspek kesesuaian masa yang ada, waktu pengajian akademik dan silibus subjek-subjek ketenteraan yang bersesuaian dalam usaha untuk melahirkan seorang Pegawai Muda yang berketerampilan sesuai dengan falsafah penubuhan UPNM.
Latihan akan dilaksanakan secara menyeluruh di UPNM. Konsep latihan yang diterapkan adalah berpandukan kepada pembentukan diri seorang Pegawai Kadet mengikut tahun pengajian di UPNM.
Latihan ketenteraan akan dilaksanakan pada Hari Sabtu semasa sesi pengajian akademik dan di sebelah petang Hari Isnin hingga Jumaat pula diperuntukkan untuk latihan sukan. Pada masa cuti Semester I dan 2, latihan ketenteraan akan dilaksanakan secara sepenuh masa.
Pelajar-pelajar Awam diwajibkan mendaftar sebagai anggota PALAPES. Mereka akan diberi elaun dan kemudahan-kemudahan lain semasa menjalani latihan ketenteraan.
Latihan kententeraan bagi PALAPES adalah mengikut latihan yang telah ditetapkan oleh Markas PALAPES UPNM.
Pelajar Awam yang berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan selepas tamat latihan ketenteraan.
Aras 2, Bangunan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
📧 ppap@upnm.edu.my
☎️ 03-90513400 samb 3407/3473/3066/3071