Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diwartakan pada 10 November 2006. Bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 01 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Asasi dan Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Akademi Tentera Malaysia (ATMA) mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) ditubuhkan pada tahun 2007 iaitu serentak dengan penubuhan UPNM. Sejak dari awal penubuhannya Bahagian Pengurusan Akademik diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Pendaftar kemudian diletakkan dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.Program Pengajian merangkumi bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Pertahanan, Pengurusan, Perubatan serta Sains Sukan.
Bahagian Pengurusan Akademik kemudiannya dijenamakan semula kepada Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan (PPAP) pada Disember 2023.
Aras 2, Bangunan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
📧 ppap@upnm.edu.my
☎️ 03-90513400 samb 3407/3473/3066/3071