3 – 7 DISEMBER 2024 – Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang telah mengangkat tema “Graduan Pragmatik, Sahsiah Patriotik” berlangsung dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), Kuala Lumpur dan Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 3 hingga 7 Disember 2024.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Canselor UPNM telah berkenan berangkat ke Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Istiadat Konvokesyen ke-14 Universiti Pertahanan UPNM di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada 3 Disember 2024.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pro-Canselor UPNM telah berkenan bercemar duli berangkat ke Sidang Kedua Istiadat Konvokesyen ke-14 UPNM yang berlangsung di Dewan Zulfaqar, UPNM pada 5 Disember 2024.
Majlis Konvokesyen ini telah meraikan seramai 293 orang pelajar diploma, 889 orang pelajar sarjana muda, 63 sarjana dan 19 doktor falsafah dari pelbagai bidang yang ditawarkan di UPNM secara amnya dan bidang pertahanan secara khususnya. Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan (PPAP) UPNM telah terlibat secara langsung sebagai Jawatankuasa Graduan bagi konvokesyen ini.





