Taklimat Pengisian myPortfolio melalui Sistem HRMIS Staf Berstatus Tetap

Pada 30 Januari 2023 (Isnin) Unit Pentadbiran, Pengurusan dan Konvokesyen (PPSK), BPA dengan kerjasama Unit Rekod dan Data, Jabatan Pendaftar UPNM bertempat di Makmal Komputer Termaju, JKEE FKJ telah mengadakan Sesi Taklimat Pengisian myPortfolio melalui Sistem HRMIS kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) berstatus tetap seramai 15 orang, NIEED (4 orang), PPS (seorang) dan CEMDEF (seorang). Taklimat ini berorientasikan pengisian tatacara penggunaan myPortfolio HRMIS yang telah digunapakaikan oleh semua agensi kerajaan.